pilihanPolitik

Hantar permohonan rasmi, pengikut MUDA bangga dikaitkan dengan PH

Majlis Presiden PH menerima permohonan daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai PH secara rasmi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata permohonan dihantar oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Loke berkata, DAP melihat permohonan untuk menyertai gabungan PH sebagai perkembangan positif dan menggambarkan PH mempunyai keistimewaan.

“Syed Saddiq menghantar permohonan parti itu menyertai PH secara rasmi kepada Majlis Presiden PH hari ini.

“Kita akan bincangkan permohonan ini dalam mesyuarat akan datang, mungkin dua atau tiga minggu (akan maklumkan).

“Kita melihat secara positif jika ada parti yang berminat ingin menyertai PH, ia bermakna PH ada tarikan dan keistimewaan yang membuatkan parti MUDA berminat dan menyatakannya secara terbuka.

“Kita akan membincangkan permohonan ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pejabat baharu DAP Johor di Taman Tropika, di sini, hari ini.

Loke berkata, perbincangan mengenai agihan kerusi menjelang PRU-15 diteruskan dan tiada keperluan untuk menunggu keputusan permohonan penyertaan MUDA.

“Kita tidak boleh tunggu keputusan itu untuk adakan rundingan, malah ia terus berjalan dengan rakan-rakan sedia ada, kita tidak boleh tunggu.

“Sekiranya ada keputusan (penyertaan kemasukan MUDA ke dalam PH), agihan kerusi (MUDA) akan dibincangkan kemudian,” katanya.

Selasa lalu, MUDA menyatakan persetujuan menyertai PH sebagai komponen gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Syed Saddiq dilaporkan berkata, hal itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya MUDA.

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button