Politik

Hamzah enggan dedah butiran pertemuan dengan Anwar

SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, enggan mendedahkan butiran perbincangan dalam pertemuannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal demikian ditegaskan selepas beliau mengaku bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu baru-baru ini ketika ditemubual Bernama.

Bagaimanapun, Hamzah memaklumkan pertemuannya dengan Anwar hanya sebagai urusan peribadi individu yang sudah lama tidak berjumpa.

Menurutnya, perkara yang dibincangkan juga adalah hal peribadi dan tidak perlu dihebahkan kepada umum.

Hal berkenaan pernah disahkan oleh Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul yang turut memaklumkan Anwar turut bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membawa agenda reformasi.

BACA > Burung murai kampung bernilai setengah juta ringgit diseludup — Suara Merdeka

“Kita putuskan untuk bagi ruang, bincanglah dengan sesiapapun untuk dia bawa balik kerajaan PH termasuk Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad).

“Dia jumpa Muhyiddin dan Hamzah. Dia jumpa banyak orang, kecuali Najib Razak (Datuk Seri Najib Tun Razak) sahaja dia tak jumpa.

“Kami masih bawa agenda reformasi, perjumpaan tidak semestinya setuju dengan dia orang. Juga tidak bermaksud mereka setuju dengan kita.

“Tetapi kita mesti jual agenda reformasi.”

Demikian kenyataan Johari lapor portal Malaysiakini yang menghubunginya pada 19 Jun lalu.

BACA > Syafie PM, Anwar TPM 1, Mukhriz TPM 2 hanyalah sebagai pilihan — Suara Merdeka

Pertemuan Anwar dengan pemimpin daripada parti blok kerajaan dipercayai berkaitan dengan penolakannya terhadap pemilihan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9.

Malah, Anwar sebelum ini bertegas menolak tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk bekerja bersama dengan bekas Perdana Menteri ke-7 itu.

Susulan tindakan itu juga memperlihatkan beberapa penyokong peringkat akar umbi PKR bersetuju dengan pendirian presiden mereka dalam menentukan calon Perdana Menteri.

Namun baru-baru ini, selepas gagal mendapatkan sokongan PKR, Dr. Mahathir dilihat mencetuskan idea memilih Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri daripada PH.

BACA > Singapura benarkan pengundi kemuka pasport — Suara Merdeka

Pemilihan Presiden Parti Warisan itu juga digandingkan sekali dengan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbapan Perdana Menteri 2. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button