Politik
Trending

Ariff, Kor Ming disingkir dari kerusi Speaker, Timbalan

TAN Sri Mohamad Ariff Mohd. Yusof dan Nga Kor Ming disingkirkan daripada jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Hal demikian susulan satu usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Parlimen semalam.

Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dilaporkan tidak terjejas.

Ini kerana, mungkin Mohd. Rashid sebelum ini mengambil keputusan untuk keluar daripada PKR dan menyokong Muhyiddin.

Namun tindakan tersebut mengundang rasa tidak senang bagi Ahli Parlimen Teluk Intan yang menyifatkan penyingkiran itu sebagai janggal.

BACA > Penguatkuasa, ‘runner’ ditahan minta wang perlindungan — Suara Merdeka

Menurutnya seorang Perdana Menteri tidak boleh menyingkirkan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kecuali berlaku dalam tiga situasi termasuk kematian.

“Penyerahan Muhyiddin kepada parlimen untuk membuang speaker adalah yang pertama dalam sejarah Malaysia.

“Menurut konvensyen parlimen, kedudukan speaker biasanya dikosongkan dalam salah satu dari tiga keadaan.

“Iaitu, ketika Parlimen dibubarkan, meninggal dunia atau mengundur diri. Ketiga-tiga sitausi ini tidak terjadi.”

Demikian kata Nga Kor Ming kepada Malaysiakini yang turut memaklumkan usul Muhyiddin dimasukkan ke dalam agenda sidang Dewan Rakyat pada 13 Julai nanti.

BACA > Shafie calon PM, Anwar TPM 1 dan Mukhriz TPM 2 — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tambahnya, beliau akan akur dengan keputusan Dewan Rakyat sekiranya cukup Ahli Parlimen menyokong keputusan Muhyiddin berhubung penyingkiran itu.

“Hanya Dewan Rakyat yang berkuasa untuk melakukan itu. Apa pun usul, sama ada untuk mengganti speaker atau membekukan konvensyen parlimen, ia mesti dibawa ke Dewan untuk undian.

“Pendirian kami mudah, kami akan hormat keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat. Sekiranya dewan mahu kami kekal, kami akan kekal.

“Sekiranya dewan mahu kami pergi, kami akan pergi. Semuanya akan dilakukan mengikut Perlembagaan dan peraturan Parlimen,” ujarnya.

Terdahulu, Perikatan Nasional dikatakan akan mencadangkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai pengganti Nga Kor Ming.

BACA > Hamzah enggan dedah butiran pertemuan dengan Anwar — Suara Merdeka

Usul tersebut juga menamatkan spekulasi bahawa kedudukan Mohamad Ariff dikekalkan walaupun beliau dikatakan sebagai penyokong Pakatan Harapan. – SM

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button