Ekonomi

Habislah Bajet 2021 kalau salah bajet

KERAJAAN sekali lagi diingatkan mengenai Belanjawan 2021 dan unjuran yang menjadi dasarnya adalah terlalu optimistik dan sukar dicapai.

Malah, terdapat dua kenyataan bertentangan mengenai unjuran tersebut dan jangkaan perkembangan ekonomi pada tahun hadapan termasuklah pemulihannya yang dijangka bergerak pelahan.

Sementara Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjangkakan ekonomi negara akan melalui peningkatan mendadak atau ‘V-curve’ pada tahun hadapan.

Kedua-dua pandangan ini tidak memberi gambaran jelas mengenai jangkaan perkembangan ekonomi negara pada tahun hadapan.

Lebih teruk, kerajaan dan rakyat perlu menanggung kesannya jika belanjawan berkenaan tersalah bajet.

“Kerajaan PN guna unjuran pertumbuhan ekonomi -4.5 peratus untuk tahun 2020 sebelum membuat pusingan ‘V-curve’ untuk melonjak ke 6.5 hingga 7.5 peratus bagi tahun 2021.

“Jika kedua-dua andaian paling asas ini salah maka bajet, defisit kerajaan dan nisbah hutang juga akan salah.

“Akibatnya, kederitaan rakyat akan bertambah sebab ekonomi perlahan untuk memulih dan pekerjaan baru gagal dijana untuk gantikan pekerjaan yang telah hilang dalam krisis Koronavirus (Covid-19).”

Demikian kata bekas Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas perbandingan terhadap usul Belanjawan 2021 oleh Tengku Zafrul dan kenyataan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sedangkan, beliau menegaskan untuk mencapai unjuran 6.5 hingga 7.5 peratus pada 2021 adalah amat jauh dan mustahil untuk melepasi unjuran bagi tahun ini.

Ini kerana, kerajaan perlu memastikan KDNK pada suku terakhir pada suku keempat tahun ini yang berbaki sebulan setengah meningkat kepada 1.1 peratus.

Sedangkan negara masih lagi berhadapan dengan krisis gelombang ketiga dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Diperketatkan (PKPD) masih dilaksanakan di beberapa negeri dan kawasan.

“Adakah sesiapa yang percaya ekonomi suku keempat ini akan lebih baik berbanding suku ketiga.

“Memandangkan negara sedang diuji oleh gelombang ketiga Covid-19 yang telah memaksa hampir seluruh negara dikenakan PKPB sejak awal bulan lepas?

“Sebab itu saya kata unjuran dalam bajet adalah terlalu optimistik dan ia parah bagi kerajaan dan rakyat jika tersalah unjur.

“Sebab itu, saya tuntut langkah luar biasa untuk menyuntik lebih banyak dana dalam kitaran ekonomi tempatan.

“Melalui lanjutan moratorum pukal secara automatik dan pengeluaran wang sehingga RM10,000 tanpa bersyarat daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini soal asas ekonomi untuk memberi kelegaaan kepada puluhan juta Rakyat yang sudah tentu terjejas jika andaian paling asas kita salah.

“Tapi ada pula yang kata saya sengaja beri kedua-dua syarat ini sebab saya sengaja nak kenakan kerajaan PN atau mahu berlagak hero.

“Ini bukan soal nak jadi hero atau nak jadi pengkhianat,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button