Politik
Trending

Guan Eng, Tony Pua tidak berani serah notis – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Lim Guan Eng dan Tony Pua tidak berani dedahkan pemilik kapal persiaran A+.

Menurut beliau pemimpin DAP itu, dipercayai tidak berani berbuat demikian.

Hal demikian ekoran cubaan sengaja untuk membatalkan perjanjian yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu dengan kerajaan Abu Dhabi.

Ini kerana menurut Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) menjelaskan kapal persiaran mewah itu dimiliki Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

Sheikh Mansour merupakan anggota keluarga diraja Abu Dhabi dan pengerusi International Petroleum Investment Co. (IPIC).

BACA > Ford Mustang paling laku di SMI Cars — Suara Merdeka

Malah beliau juge merupakan Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan abang tiri kepada Presiden negara itu sekarang.

“Justeru, saya ingin melihat Guan Eng dan Tony dihantar untuk menyerahkan notis pertukaran hak milik kapal layar berkenaan kepada beliau (Sheikh Mansour).

“Mereka juga perlu menjelaskan kepada penyokong mereka kenapa menuduh saya curi duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sedangkan orang yang membeli dan memilki kapal layar mewah bernilai 688 juta Dolar AS adalah individu dari negara lain.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam Facebooknya yang mendakwa PH menfailkan saman ke atas kerajaan Abu Dhabi dekat Mahkamah Tinggi di London ketika memerintah.

Menurutnya, tindakan cubaan membatalkan saman itu didakwa bagi menukar status wang 1MDB daripada ‘menunggu untuk dipulangkan’ kepada ‘hilang’.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan PH berbuat demikian serta tujuan mereka menerajui kerajaan dahulu.

BACA > Adilkan pembangunan bandar, desa – Zainal Abidin — Suara Merdeka

Tindakan tersebut dilihat bukan untuk melindungi kepentingan negara sebaliknya mahu menganiaya beliau dan Barisan Nasional (BN).

“Jika perjanjian penyelesaian dipersetujui dan semua wang diperoleh semula berdasarkan perjanjian penyelesaian.

“Maka kerajaan PH tidak akan dapat menuduh saya di mahkamah.

“Itu mungkin menyebabkan Malaysia mendapatkan kembali duit tersebut pada jumlah yang lebih rendah berbanding perjanjian penyelesaian.

TONY
KAPAL A+ dahulu dikenali sebagai Topaz.

“Hubungan negara dengan UAE mungkin terjejas teruk berikutan tindakan PH itu,” jelasnya.

Sebelum ini Suara Merdeka memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) memaklumkan Tony mendakwa terdapat sebuah lagi kapal dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Katanya, kapal A+ yang dahulu dikenali sebagai Topaz itu bernilai RM2.93 bilion sepatutnya dilelong dan hasilnya dikembalikan kepada kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, Najib turut mendakwa kerajaan mengalami kerugian yang diabaikan PH apabila menjual sebuah kapal layar Equanimity sebelum ini.

Katanya, hal berkenaan juga boleh dielakkan apabila kerajaan pimpinannya dahulu menandatangani perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi.

BACA > Tony dakwa PH punyai hubungan rapat dengan DOJ? — Suara Merdeka

Perjanjian tersebut dimeterai pada 2017 untuk memberi mereka masa hingga 31 Disember tahun ini bagi mengembalikan duit yang ‘disyaki hilang’ daripada 1MDB. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button