Politik

Guan Eng sepatutnya bersara – Chang Khim

AHLI Parlimen Bagan, Lim Kit Siang yang merupakan Setiausaha Agung DAP wajar bersara daripada jawatan parti dan Parlimen.

Beliau disarankan untuk memberi laluan kepada generasi muda menerajui parti dan kehadapan dalam Parlimen.

Saranan itu dibuat ekoran selain daripada perbicaraan mahkamah yang dihadapinya berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa, beliau juga dikatakan sudah terlalu lama memegang jawatan dalam Parti.

Malah, bekas Menteri Kewangan itu juga dikatakan sudah melanggar perlembagaan parti kerana memegang jawatan terlalu lama.

Memetik laporan MalaysiaGazette yang merujuk kepada wawancara Nanyang Siang Pau dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Teng Chang Khim, menyatakan, perlembagaan parti menghadkan pegangan jawatan selama tiga penggal.

Sedangkan, Guan Eng dan juga bapanya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang sudahpun berada dalam kepimpinan parti sejak 1960 lagi.

“DAP sudah mencapai zaman puncak dan sudah tiba masa untuk mereka menyerahkan kepada orang lain untuk meneruskan perlumbaan seterusnya.”

Kata Chang Khim, memetik laporan MalaysiaGazette hari ini yang memaklumkan pengundurannya dalam politik baru-baru ini.

Tambah beliau, Guan Eng sudah terlalu lama memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung melebihi sembilan tahun dan melepasi had tiga penggal ditetapkan perlembagaan parti.

Katanya lagi, hal berkenaan menyebabkan mereka mempunyai kuasa terlalu besar dalam DAP dan seperti sudah menjadi satu ‘kebiasaan’.

Antara faktor yang menjadi punca adalah penundaan beberapa kali pemilihan parti kerana bertembung dengan pilihan raya umum.

Dalam pada itu, Chang Khim turut mengulas potensi kerjasama antara UMNO dengan DAP bagi membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak sekiranya kerjasama dengan parti seteru kuat itu boleh dilakukan kerana berpandangan mustahil parti kecil boleh menjadi kerajaan.

Katanya, hal sebegitu perlu dilihat secara realiti dan pragmatik kerana turut berlaku serta menjadi perkara biasa di negara-negara Eropah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button