fbpx
Luar Negara

Google lubuk memancing ikan, penampakan kapal karam

SESUATU yang aneh tapi benar. Hasrat tiga orang nelayan untuk mencari lubuk terbaik memancing ikan bertukar menjadi lain apabila aplikasi Google Map yang digunakan memaparkan imej berupa objek seperti sebuah kapal yang sudah karam.

Memetik laporan Kompas.com, kejadian itu berlaku di Pantai Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia ketika tiga nelayan berkenaan hendak memancing di laut selatan Sukabumi.

Ketiga-tiga nelayan itu, diberitakan, penduduk dari Kampung Parung Baliung, Desa Cijalingin, Kecamatan Cicantayan.

Semestinyalah mereka terkejut apabila penemuan imej yang menyerupai kapal karam kerana mereka langsung tidak menyangka akan terjumpa imej itu.

Gambar kapal selam itu tersebar dan menjadi tular dalam kalangan penduduk tempatan sejak Jumaat lalu.


Pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Indonesia (Polri) dan pasukan Search And Resque (SAR) telah dikerahkan untuk melakukan siasatan serta pemeriksaan di lokasi penampakan kapal karam tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada maklumat terbaharu berhubung objek tersebut. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button