Ekonomi

GLORIA Jean’s Coffees buka cawangan ke-44

GLORIA Jean’s Coffees atau GJC bakal membuka 16 lagi cawangan baharu tahun ini yang mana sehingga kini GJC telah membuka sembilan cawangan kafe di Selangor.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Kafe Gloria Jean’s Coffess yang ke-44 baru-baru ini.

“Saya amat berbangga apabila mengetahui bahawa GJC merupakan satu-satunya jenama rangkaian gourmet coffee kafe yang menawarkan sistem francais di Malaysia yang mana ia boleh menggalakkan lebih ramai coffeepreneur menceburi bidang ini.

“Perniagaan francais merupakan satu falsafah perniagaan yang menggabungkan di antara satu entiti perniagaan besar yang mempunyai ’reputation’ dan sudah ’established’.

“Melalui pemilikan francais antarabangsa ini, bakal-bakal usahawan dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sistem francais di negara kita,” katanya.

Beliau juga berkata, beberapa bentuk kemudahan turut disediakan oleh Perbadanan Nasional, PNS bagi membantu usahawan-usahawan yang berminat dalam bidang perniagaan fancais.

“Dalam konteks sokongan kepada usahawan GJC ini misalnya, setakat ini PNS telah memberi kemudahan pinjaman kepada usahawan GJC untuk memulakan perniagaan mereka,” katanya.

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button