Hiburan

Giliran Jep Sepahtu timang anak

KALAU semalam penyanyi Tomok menimang cahaya mata perempuan, hari ini giliran Jep Sepahtu pula berkongsi kegembiraan yang sama bersama isterinya yang juga seorang pelakon, Sari Yanti.

Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nazril Zainal Abidin, 35, memuat naik gambar yang memaparkan sedikit gambar anak keduanya di Instagram.

Menerusi perkongsi tersebut, beliau mengucapkan kesyukuran kepada tuhan dan memberitahu anak keduanya ini ialah seorang lelaki.

Ruangan komennya juga dibanjiri ucapan tahniah oleh rakan selebriti lain antaranya rakan seperjuangan, Shuib Sepahtu, Rahim, Sharnaaz Ahmad dan Dynas Mokhtar.

Jep dan Sari Yanti sebelum ini berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Dariya Inara, 2 tahun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button