Travel

Geopark Dak Nong, Geopark Dunia ketiga diiktiraf UNESCO

GEOPARK Dak Nong Vietnam kini diiktiraf sebagai Geopark Dunia, yang ketiga seumpamanya di negara ini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Pengiktirafan itu diberi setelah Program dan Suruhanjaya Hubungan Luar Lembaga Eksekutif UNESCO ke-209 meluluskan cadangan Majlis Geopark Dunia semalam.

UNESCO Logo Vector (.EPS) Free DownloadTerletak di dataran tinggi M’Nong dengan ketinggian purata 600-700 meter dari paras laut (dpl), dengan titik tertinggi adalah Ta Dung pada 1.982 meter dpl, Geopark Dak Nong atau terkenal dengan sebutan “Land of Sounds” meliputi kawasan seluas 4.760 kilometer (km) persegi di daerah utara wilayah Dak Nong di tanah tinggi tengah Vietnam,  menurut UNESCO.

Geopark itu boleh dihubungkan menerusi beberapa laluan darat dan udara termasuk dua pintu sempadan antarabangsa dengan Kemboja.

Ia juga mempunyai ciri-ciri iklim monsun tropika sub-khatulistiwa dan iklim dataran tinggi, turut mempunyai rangkaian sungai, jeram, tasik dan takungan air.

 

Dak Nong Geopark↔Dong Nai River Motorbike Loop - Vietnam Coracle ...Susulan pengiktirafan UNESCO itu,  agensi-agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Kebangsaan Vietnam untuk UNESCO, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan pihak berkuasa wilayah bersama-sama saintis tempatan dan antarabangsa, akan bekerjasama melaksanakan rancangan perlindungan alam sekitar, pemuliharaan alam dan penggunaan sumber daya secara rasional di geopark itu.

Mereka menyasarkan untuk memelihara dan memaksimum nilai geologi, kepelbagaian hidupan, budaya, sejarah serta tradisi etnik geopark itu.

Dak Nong Geopark adalah Geopark Dunia ketiga yang diiktiraf oleh UNESCO di Vietnam setelah Geopark Dataran Tinggi Dong Van Karst di wilayah Ha Giang dan Geopark Non Nuoc Cao Bang di wilayah Cao Bang, kedua-duanya terletak di utara Vietnam. –  BERNAMA SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button