Pendidikan

GASIS tegaskan sekali lagi jangan campurkan hal politik dan pendidikan

Pengurusi Gabungan Islam Selangor (GASIS), Nik Azlinda berasa lega selepas perjumpaan bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad dalam membantu untuk menyelesaikan isu pendaftaran sekolah persendirian agama.

Nik Azlinda berasa lega selepas perjumpaan bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad

Gasis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB exco agama kerana telah membantu dan memberikan satu penyelesaian yang menyenangkan hati dan saya rasa semua ahli akan gembira apabila mendengar berita ini dan jaminan bahawa anak-anak murid kami akan menduduki peperiksaan UPKK dan PSRA serat boleh memohon bantuan dari pihak Jakim, SUK, Lembaga Zakat dan bantuan awal persekolahan.” Luahnya.

Jelas beliau lagi isu yang dibawa ini untuk menangkis persepsi pada pihak luar bahawa sekolah persendirian Islam itu mementingkan perniagaan dari pendidikan.

“Kami bukan petingkan perniagaan kami mementingkan keperluan anak murid dalam pendidikan agama Islam, bila ada pendidikan ibu-bapa akan petingkan peperiksaan.”

Beliau juga merasa kesal terhadap sikap Pihak berkuasa Tempatan (PBT) kerana menyulitkan keadaan apabila mereka ingin memperbaharui Sijil Pendaftaran Sekolah kerana pelbagai kerenah birokrasi yang sentiasa berubah.

“PBT seperti tiada kata sepakat, lain Majlis Perbandaran lain caranya, ini lebih menyukarkan kami untuk memperbaharui Sijil murid-murid.

Dalam pada itu, Nik Azlinda juga mohon kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama, buka mata terhadap sekolah persendirian.

“Sebagai ketua agama saya mohon untuk Sultan Selangor lihat sekolah agama persendirian, kami mementingkan pendidikan Islam untuk anak-anak yang tidak dicampur aduk dengan perniagaan.

Tegasnya lagi, pendidikan bukan satu isu politik yang perlu dicampur, terdapat pihak luar yang seolah-olah mahu melihat Sekolah Islam ditutup sepenuhnya.

Sebelum ini semua prosedur pendaftaran sangat mudah dan menyenangkan, namun baru-baru ini telah timbul isu sehingga menyukarkan keadaan malah menjadi kerisauan dari ibu-bapa yang menghantar anak ke sekolah agama.

Sejak akhir-akhir ini juga dilihat PBT telah menetapkan syarat baru perlu ada pakar peruding yang dikenakan caj belasan ribu hingga puluhan ribu termasuk pelan arkitek.

Terdapat juga permintaan pelan arkitek dan lain-lain permintaan yang tidak mampu disediakan oleh pengusaha sekolah-sekolah kecil.

Manakala pihak jabatan bomba pula, perlu adakan ‘hose reel’ yang harganya mencecah RM20,000 dan lain-lain prosedur yang sukar serta menyulitkan.

Artikle Berkaitan ;>

Zawawi Ahmad mencadangkan garis panduan isu daftar sekolah agama persendirian

Tuduhan Zawawi sangat melampau – Tuan Ibrahim

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button