Nasional

Gaduh sebab berebut tapak niaga

BEREBUT tapak menjual sayur-sayuran menjadi punca pegaduhan sekumpulan lelaki di sebuah pasar di Batu Tujuh, Kota Sentosa, Sarawak hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku apabila dua beradik yang meniaga sayur di pasar tersebut didatangi sekumpulan lelaki sekitar pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, kumpulan terbabit mengarahkan adik beradik masing-masing berusia 15 dan 25 tahun terbabit mengalihkan bakul sayur-sayuran mereka kerana ingin menjual di tempat yang sama.

“Selepas berbincang, adik beradik terbabit bagaimanapun masih enggan mengalihkan bakul mereka memandangkan mereka sudah hampir tiga tahun berniaga di tapak tersebut.

“Kejadian bertambah tegang apabila si adik meninggikan suara menyebabkan dia ditampar oleh seorang daripada kumpulan terbabit sehingga berlaku pergaduhan selepas itu,” katanya menerusi satu kenyataan seperti dilaporkan Utusan Borneo.

>BACA Dua wanita ditahan edar, tanam pokok ganja

Tambahnya, adik beradik terbabit masing-masing mengalami luka di muka dan beberapa anggota badan yang lain.

Laporan berhubung kejadian kemudian dibuat oleh mangsa di balai polis berhampiran.

Aidil memberitahu enam tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut termasuk pasangan adik beradik terbabit apabila kumpulan suspek turut membuat laporan polis berhubung kejadian.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button