NasionalNegeri

Freemason Tampil Beri Sumbangan, Pertubuhan Kebajikan Melayu Islam Miskin Haprak?

Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemasons daripada negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan pertubuhan tersebut, sumbangan itu bagi memastikan semua orang terutamanya pasukan barisan hadapan, memandangkan Malaysia masih berlawan dengan pandemik Covid-19 dan sedang beralih ke fasa endemik.

“Anggota polis adalah antara pasukan barisan hadapan yang berdepan dengan orang ramai setiap hari dan amat terdedah dengan virus itu,” katanya.

Majlis penyerahan 5,000 pelindung muka itu berlangsung di ibu pejabat polis di Ipoh, Perak pada 15 Oktober lalu.

Antara wakil pertubuhan yang hadir dalam penyerahan pelindung muka kepada Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash, merupakan Jeyaraj Ratnaswamy dan Arthur Yeong.

“Pertubuhan ini merancang untuk mengedarkan 5,000 pelindung muka kepada PDRM di Pulau Pinang dan Kedah pada minggu akan datang.

“Sumbangan ini diharapkan akan membantu dalam memastikan anggota polis sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika menjalankan tugasan mereka,” katanya. – MALAYSIAKINI

(Visited 797 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button