Nasional

38 projek bekalan air luar bandar dilaksana di Sarawak

 

SERIAN, 22 Okt. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, sedang melaksanakan 38 buah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) diseluruh Wilayah Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keseluruhannya RM1.7 bilion diperuntukkan bagi projek tersebut bagi tahun ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Keseluruhan negeri Sarawak, projek yang sedang dijalankan adalah sebanyak 38 projek bekalan air seperti di Serian ini dan kos keseluruhan projek yang sedang dijalankan itu adalah RM1.7 bilion diseluruh negeri Sarawak.

“Jadi ini adalah sebahagian tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar berkaitan dengan prasarana untuk rakyat khususnya di negeri Sarawak.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Tangki Air Aras Tinggi dan Simbolik Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Mentong Merau/Mongkos di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

KPLB katanya akan terus membuat penyambungan projek Bekalan Air Luar Bandar itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah berjalan mulai tahun ini sehingga tahun 2025.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan RMK12 tiga minggu lalu di Dewan Rakyat dan kita mengambil kutipan dari bajet itu untuk 2021 hingga 2025 dan 2022 In Shaa Allah pada minggu hadapan ada pengumuman bajet diperingkat Dewan Rakyat dan kita akan tahulah lebih kurang perbelanjaan yang akan digunakan untuk tahun 2022.”

Mengenai projek bekalan air di Kampung Mentong Merau/Mongkos itu, Mahdzir berkata projek tersebut bermula sejak 2017 dan menelan kos RM112 juta.

Ia memberi manfaat kepada 14,385 penduduk di kawasan terbabit.

Pembinaannya melibatkan kerja saluran paip sepanjang 165 km, pembinaan tangki aras tinggi berkapasiti 1 juta liter di Kampung Senggai Mawang dan 2.5 juta liter di Kampung Muara Ahi.

Projek turut melibatkan pemasangan paip ke rumah-rumah dan pembinaan stesen pam penggalak.

“Projek ini boleh menampung sebanyak lebih kurang lima ribu buah rumah penduduk dan projek ini dijangka projek pada November 2021. Pembikinan paip rumah-rumah sedang disusun dan kalau semuanya berjalan maknanya hujung tahun ini, penduduk dapat menggunakan air bersih daripada projek ini,” jelas Mahdzir.

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button