Hiburan

Francisca Peter cari pembeli baju kurung yang dipakainya ketika AJL-1

Penyanyi tersohor era 90-an dan penerima Anugerah Juara Lagu pertama Francisca Peter mencari semula pembeli baju kurung yang dipakainya ketika menyertai pertandingan tersebut pada tahun 1986.

Francisca menyarungkan baju kurung tersebut ketika menyampaikan lagu Sekadar Di Pinggiran yang dipilih sebagai juara lagu 35 tahun lalu.

Menurut Francisca, selepas beberapa tahun beliau telah menyumbangkan baju kurung berkenaan  kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang digunakan untuk mengumpul dana amal.

Francisca amat berharap untuk mengetahui kisah orang yang membeli baju kurung berkenaan dan apa yang terjadi kepada baju yang dipakainya ketika memenangi AJL pertama itu.

“Saya tidak tahu siapa yang membelinya tetapi jika anda berasal dari NGO itu atau mengenali orang yang membeli baju kurung saya, kongsikan maklumat tersebut kepada saya kerana saya benar-benar ingin mengetahui kisah mereka dan apa yang berlaku dengannya,” kata Francisca di media sosialnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Francisca berkata, baju kurung itu dibelinya dengan harga RM150 di Sungai Wang Plaza.

Pada waktu itu RM150 adalah jumlah yang banyak dan mahal bagi dirinya.

“Tiga puluh lima tahun yang lalu, ini adalah, dan masih banyak yang saya bicarakan dengan gaya ikonik yang sederhana dengan memakai ‘baju kurung pastel’ yang terkenal di Muzik-Muzik / Anugerah Juara Lagu pertama.

“Tidak ramai yang mengetahui perkara ini tetapi saya membeli baju kurung dengan harga RM150 dari Sungai Wang Plaza.

“Pada masa itu, ia mahal bagi saya! Beberapa tahun kemudian, saya telah menyumbangkan baju kurung kepada sebuah NGO untuk mengumpulkan dana untuk amal,” jelasnya.

Baju kurung yang dipakai Franciska dipuji banyak pihak kerana sebagai penyanyi bukan Melayu, jiwa ‘kemelayuannya’ terpancar bukan saja pada kefasihan berbahasa Melayu malah juga penampilan di pentas.

Siapa yang ada menyimpan baju tersebut bolehlah menghubungi Francisca Peter, mana tahu berpeluang  berduet dengan biduanita negara tersebut.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button