Nasional

Benarkan penerima vaksin kedua rentas negeri, bekerja

Oleh Osman Lisut
[email protected]

Kerajaan digesa memberikan kelonggaran kepada rakyat yang sudah menerima dua dos vaksin bagi membolehkan mereka dapat keluar bekerja dan merentas negeri.

Gesaan itu disuarakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memandangkan rakyat semakin tertekan termasuk membunuh diri gara-gara tiada pendapatan untuk membayar hutang, sewa serta menyara keluarga.

“Kita kena akui bahawa Covid-19 tidak mungkin hilang setahun dua ini, tetapi saya ingin memberikan beberapa cadangan bagi menangani masalah berkenaan, terutama penerima dua dos vaksin.

“Penerima vaksin lengkap ini harus diberikan kelonggaran untuk merentas negeri, membuka semula aktiviti pelancongan domestik, tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka (kemahuan sendiri), aktiviti sukan dibenarkan, pasaraya dan restoran dibuka dengan SOP yang perlu dipatuhi.

“Bagi yang sudah mendapat vaksin tapi masih terkena covid, saya cadangkan yang tahap 1 masih dibenarkan keluar, tahap 2 dikuarantin di rumah tiga hingga lima hari, manakala hanya tahap 3-5 ditempatkan di pusat kuarantin atau di hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, dengan cara berkenaan rakyat Malaysia secara beransur-ansur akan melalui norma baru seperti hari.

“Mahu tidak mahu kita terpaksa hidup dengan Covid-19, tetapi tetap dengan SOP yang ketat. Jangan menekan dan mewajibkan lagi rakyat yang sudah divaksin, apabila disahkan kembali positif tahap 1, mereka masih kena kuarantin.

“Ini akan menyebabkan mereka kembali hidup dalam tekanan dan silap-silap akan menjerumus ke arah bunuh diri. Cukup-cukuplah berpolitik, selesaikanlah masalah rakyat dengan segera,” katanya.

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button