Bola SepakSukan

Formula TT menjadi

Thomas Tuchel atau TT, mengembalikan keseimbangan di semua posisi dengan meletakkan pemain yang sesuai dan hasilnya Chelsea berjaya menumpaskan Burnley 2-0 malam tadi.

Tuchel tidak menyenaraikan pemain yang tidak stabil seperti penjaga gol Keppa, pemain pertahanan Zouma dan beberapa pemain lain diubah posisi.

Twitter Chelse FC

Beliau juga menggunakan pertahanan Rudiger, Azpilicueta, Marcos Alonso dan Thiago Silva.

Empat pemain ini bertindak stabil dan di belakang mereka adalah penjaga gawang Mendy lebih  meyakinkan prestasinya berbanding Keppa.

Hudson-Odoi yang biasanya bermain di posisi kiri serangan ditukar ke kanan dan ini memudahkan pemain kidal itu untuk melakukan tembakan ke gawang lawan.


Di bahagian tengah beliau mengembalikan Kovacic, Jorginho dua pemain yang berpengalaman bagi merancang serangan dan mematahkan serang balas lawan.

Hasilnya Azpilicueta telah menjaringkan gol dan Alonso pula menjaringkan gol yang cantik.

Thammy Abraham yang kurang berfungsi telah diganti dengan Pulisic pada separuh masa kedua.

Burnley bagaimanapun tidak memberi laluan mudah kepada Chelsea dengan bermain kawalan ketat setiap pemain terutama ayam tambatan Werner yang dikepung sekurang-kurang tiga pemain setiap kali memegang bola.

Burnley yang terkenal sebagai pasukan giant killer, akhirnya terpaksa tunduk dengan kehebatan Chelsea 2-0.

(Visited 132 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button