Sukan

Siapa bakal terajui jentera depan Chelsea

Menjelang pertembungan FA Cup Chelsea-Liverpool malam ini

SIAPAKAH yang bakal diturunkan sebagai penggempur utama pada pertembungan final FA Cup malam ini di antara Chelsea menentang Liverpool.

Jentera serangan Chelsea dilihat tumpul sejak kebelakangan ini, kecuali perlawanan terbaharu ketika menentang Leeds United.

Chelsea amat sukar menembusi benteng lawan apabila Romelu Lukaku dipasang dengan Timo Werner.

Werner sering bersikap mementingkan diri dan enggan melorongkan bola kepada Lukaku yang menjadi penyerang utama.

Bagaimanapun apabila posisi itu diambil oleh pemain lain situasi terus berubah dan bahagian hadapan dapat menggerakkan serangan dengan lebih lancar.


Werner lebih gemar mencuba sendiri walapun berada di posisi sukar dan sering mensia-siakan peluang yang ada.

Namun kemungkinan tinggi Werner diturun sebagai kesebelasan utama adalah tinggi kerana beliau direhatkan beberapa perlawanan oleh jurulatih Thomas Tuchel.

Bagi Liverpool mereka tidak mempunyai masalah kerana kombinasi Mo Salah dan Sadio Mane memang sedang bersemangat serta sering mempamerkan sentuhan berbisa.

Apapun tengah malam ini kita akan saksi pasukan mana yang lebih berhak merangkul gelaran juara.

 

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button