Nasional

FINAS lantik CEO baharu

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan mengenai pelantikan YBrs. Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023.
Pelantikan ini adalah bagi menggantikan YBrs. Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif yang telah berakhir berkuatkuasa 15 Oktober yang lalu.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada tahun 2008 serta Pasca Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada tahun 2014, pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa telah terbukti dengan kecemerlangan menggalas tanggungjawab termasuklah sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni dan Warisan Budaya (ASWARA) dan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
KKMM yakin kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang industri kreatif, khususnya seni budaya mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara. Sinergi antara beliau dan Ahli-Ahli Perbadanan FINAS akan terus memantapkan hala tuju, perancangan dan pelaksanaan yang lebih komprehensif bagi melonjakkan industri filem serta ekonomi kreatif di peringkat tempatan dan antarabangsa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button