Jenayah

Karen dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan

Wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan kerana dihalang masuk ke sebuah butik mewah di KLCC oleh kakitangan butik dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, wanita tersebut dikompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan.

“Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

Kompaun tersebut dikeluarkan hari ini mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.
Karen menjadi popular di media sosial apabila mengengkari arahan memakai pelitup muka ketika memasuki premis perniagaan.
Polis mengesan klip video yang tular tersebut di media sosial sebelum satu siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan wanita itu yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet.-SM
(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button