Politik

PRN Melaka: Yang dikejar tak dapat, dikendung berciciran

Oleh : Saiful Bahar.

1. Pada PRU ke 14, di Negeri Melaka, BN bertanding semua 28 kerusi. UMNO bertanding 18 kerusi, menang 13 dan kalah 5. MCA, MIC dan Gerakan bertanding 10 kerusi dan kalah semua kerusi.

2. Berbanding dengan BERSATU, bertanding 6 kerusi sahaja, menang 2 dan kalah 4.

3. PAS terlalu bercita-cita besar di Melaka ketika itu, bertanding 24 kerusi dan kalah semua. PAS bertanding 23 kerusi majoriti Melayu dan 1 kerusi campuran.

4. Senario politik di Negeri Melaka kini sudah berbeza. PH sudah berpecah dan hanya tinggal PKR, AMANAH dan DAP.

5. PH sudah bersetuju untuk agihkan kerusi dengan PKR akan bertanding 11 kerusi, AMANAH 9 kerusi dan DAP 8 kerusi.

6. Ini bermakna, sekiranya PKR (11) dan AMANAH (9) bertanding di kesemua kerusi majoriti Melayu, jumlahnya ialah 20 kerusi. Ini juga bermakna DAP akan bertanding di 3 kerusi majoriti Melayu. Bermaksud, sekiranya di 3 kerusi tersebut Melayu berpecah, harapan PH untuk menang adalah lebih cerah.

7. Pertandingan di Melaka agak simple dan mudah iaitu sesuatu parti atau gabungan hanya perlu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk mereka meraih kemenangan, tubuh Kerajaan Negeri dan lantik Ketua Menteri di kalangan mereka. Jawatan Speaker DUN tidak perlu di lantik dari kalangan Ahli Dewan.

BERSATU tak rugi apa

8. Ataupun dalam Bahasa Melayu, BERSATU tidak ada apa yang perlu di takutkan sekiranya kalah.

9. BERSATU hanya bertanding 6 kerusi dan menang 2. Kali ini BERSATU di jangka bertanding 15 kerusi di kawasan DUN majoriti Melayu. Sekiranya BERSATU boleh menang 4 kerusi pun, itu sudah di kira menang dengan pertambahan sokongan 100% peratus.

Dari 2 kerusi kpd. 4 kerusi.

10. Parti PAS pula tiada sebarang kerusi. Sekiranya PAS menang 1 kerusi pun. Itu menandakan pencapaian 100 % peratus kali ini.

UMNO rugi segalanya

11. Ini amat berbeza dengan Parti UMNO. UMNO dulu bertanding 18 kerusi majoriti Melayu. Menang 13 dan Gagal tubuh Kerajaan Negeri Melaka.

12. MCA, MIC dan Gerakan bertanding 10 kerusi dan kalah semua.

13. Kali ini, UMNO di jangka akan bertanding di 20 kerusi majoriti Melayu. Manakala, MCA dan MIC akan bertanding di 8 kerusi.

MCA dan MIC juga di jangka akan kalah kesemua 8 kerusi ini.

14. Ini bermakna lawan BN dan UMNO, akan memulakan pertandingan ini di hadapan dengan *Jaringan 8 – 0.*

15. Mereka hanya perlu menang 7 kerusi sahaja lagi untuk menamatkan perlumbaan ini sebagai pemenang.

16. Sekiranya tiada sebarang kerjasama politik antara Parti-parti Melayu UMNO, PAS dan BERSATU, maka kita akan menyaksikan pertandingan 3 atau 4 penjuru di kesemua 23 kerusi DUN majoriti Melayu.

Di Jangka :
*BERSATU (PN) BERTANDING :* 15 kerusi.

*PAS (PN) BERTANDING :* 8 kerusi.

*GERAKAN (PN) BERTANDING :* 5 kerusi.

*UMNO (BN) BERTANDING :* 20 kerusi.

*MCA & MIC (BN) BERTANDING :* 8 kerusi.

*PKR (PH) BERTANDING :* 11 kerusi.

*AMANAH (PH) BERTANDING :* 9 kerusi.

*DAP (PH) BERTANDING :* 8 kerusi.

*PUTRA BERTANDING :* 8 kerusi.

*REALITI POLITIK.*

17. Sekiranya tiada sebarang bentuk kerjasama politik dan UMNO gagal mempertahankan kesemua 13 kerusi DUN yang mereka ada, ini akan di lihat sebagai *SUATU KEGAGALAN KEPADA UMNO.*

18. Sekiranya UMNO menang kesemua 13 kerusi DUN Melaka ini pun, mereka *MASIH GAGAL UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN NEGERI MELAKA YANG BARU.*

UMNO perlukan 2 kerusi lagi dari pihak yang lain.

19. Mana mungkin boleh meminta pertolongan dari Parti BERSATU ataupun PAS pada ketika itu kecuali dengan *BERSYARAT.*

Iaitu serahkan jawatan Ketua Menteri Melaka kepada mereka.

20. Pasti inilah juga pemintaan daripada PKR, AMANAH ataupun DAP, sekiranya UMNO dan BN kekurangan 5 atau 7 kerusi untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Melaka yang baru selepas PRN Melaka.

21. Oleh yang demikian, *STRATEGI UMNO PERLU TEPAT,* hendak pergi Solo boleh. Tetapi mesti menang lebih daripada 15 kerusi DUN.

Kalau tidak, *UMNO GOT EVERYTHING TO LOSE IN THIS STATE ELECTION.*

Ataupun dalam Bahasa Melayu,

*_UMNO AKAN MENANGGUNG PELBAGAI KERUGIAN DI DALAM PILIHANRAYA NEGERI MELAKA INI._*

*SEKIAN.*

The Writer, DATO’ SAIFUL BAHAR, former Principle Private Secretary to the Minister of Entrepreneur and Cooperative Development (2008-2009) and former Principle Private Secretary to the Minister of Agriculture (2009-2013).
Was also the Former Principle Private Secretary to the Deputy Home Minister (2004-2006) and Principle Private Secretary to the Deputy Minister of Education (2006-2008). Former Special Advisor to the Minister of Plantation Industries & Commodities (2016-2018).
He is a Political and Policy Analysts. Study the development of political systems, research various political subjects, including foreign relations, policies and idealogies, and collect and analyze data in order to forecast and understand political trends.

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button