Hiburan

Fattah Amin dendangkan lagu khas buat anaknya

SIAPA yang tidak gembira untuk menyambut cahaya mata apatah lagi bagi mereka yang pertama kali melalui pengalaman itu.

Begitu juga dengan Fattah Amin yang cukup teruja hingga mendedikasikan sebuah lagu khusus buat anaknya.

Menurut Fattah, lagu bercorak kerohanian itu adalah hasil ideanya sendiri manakala lagu dan lirik adalah daripada Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya.

“Lagu berjudul Kiriman Agung ini sebenarnya adalah hadian buat anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Ianya berkisah mengenai doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan. Sebenarnya lagu ini juga boleh dikongsikan buat mereka yang bakal bergelar bapa,” katanya.

Mengulas lanjut, Fattah berkata, keseluruhan idea dan konsep untuk lagu tersebut datang daripadanya sekaligus mencerminkan sebuah karya yang lahir dari hatinya khusus buat pendengar.

Jelasnya, Fattah yang juga penyanyi lagu Wanita Terindah berkata, idea untuk lagu itu tercetus selepas dia menghasilkan lagu berjudul Bebas.

“Selepas lagu Bebas yang mengangkat tema semangat dan inspirasi, dari situ saya terfikir nak buat lagu ketuhanan pula.

“Apabila saya sampaikan idea ini pada Universal Music Malaysia, saya fikir kenapa tidak buat lagu yang kena dengan keadaan saya sekarang.

“Ini juga kali pertama kali saya berkolaborasi dengan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata video muzik untuk lagu tersebut masih dalam perancangan untuk dihasilkan.

Kiriman Agung sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music pada 11 September lalu. -SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button