NasionalNegeri

FAMA perluas Program Semarak Syawal Agro Madani FAMA ke kampung, masjid

PROGRAM Semarak Syawal Agro Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis pada tahun ini diperluaskan ke tiga kawasan kampung dan juga di sebuah pekarangan sebuah masjid pada tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, selebihnya dari 11 lokasi bagi Program Semarak Syawal Agro Madani kali ini adalah melibatkan lapan outlet FAMA.

Orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan keperluan di Program Semarak Syawal Agro Madani di Dataran MAIPs. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

“Apa yang penting orang ramai mudah mendapatkan barang keperluan Aidilfitri dengan harga berpatutan selain membantu usahawan menjana pendapatan di musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, program pertama telah berjalan sejak semalam (6 April) di Pasar Tani Dataran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Laman Niaga Titi Chai di Kangar.

Mohd Anzara berkata, program untuk hari ini (7 April) berjalan di pekarangan Masjid Ameer Fawwaz di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Arau, Perlis.

Beliau berkata, manakala pada 8 April, program ini serentak diadakan di lima Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) dan satu Agrobazaar Rakyat (ABR).

“Ia melibatkan AKR Kampung Gial, AKR Jalan Kelab Golf Putra, AKR RPA Jalan Kaki Bukit, AKR Azhar & Family Fresh, AKR Sungai Berembang dan ABR Taman Sena Indah,” katanya.

Tambahnya pada 9 April pula diadakan di tapak Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat dan sekali lagi di Laman Niaga Titi Chai, Kangar. – SM

BACA 3 Bazaar Ramadan FAMA Perlis catat jualan RM1.3 juta tempoh 22 hari

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button