Hiburan

Faizal Tahir tak kongsi gambar raya kerana memikirkan nasib rakyat Palestin

Penyanyi popular Faizal Tahir mengambil pendekatan untuk tidak memuat naik sebarang gambar sambutan Aidilfitri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Faizal menyatakan dia lebih memikirkan nasib rakyat Palestin ketika ini.

Ada yang bertanya tentang gambar saya menyambut Aildilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

“Saya lebih mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Palestin berbanding memuat naik gambar Aidilfitri yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan ia bukanlah satu tindakan yang salah sekiranya ada yang mahu memuat naik gambar menyambut Aidilfitri.

Jelasnya, ia adalah sesuatu perkara yang baik dan boleh diteruskan terutama ia boleh memberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.

“Pada masa ini saya mempunyai perkara lain yang saya lebih ambil berat. Mungkin apabila tu masa yang sesuai saya akan berbuat demikian,” ujarnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button