NasionalParlimen

Faham beza proklamsi dan ordinan Darurat, tiada kacau bilau

KEKELIRUAN sesetengah pihak antara Proklamasi Darurat dengan undang-undang yang digubal semasa di bawah Perintah Darurat yang dipanggil sebagai Ordinan diberikan pencerahan oleh Menteri Wilayah Persekutan Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kita selesaikan urusan teknikaliti dan tidak boleh dibuat dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, perkara ini telah ditetapkan oleh Speaker, akan dibuat penjelasan atau dijawab secara rasmi pada hari Isnin depan. Speaker telah menetapkan sedemikian.

“Tapi sebagai seorang Ahli Parlimen, saya merasakan banyak sekali di luar sana mereka yang tidak memahami perkara-perkara yang basic menyebabkan timbul polimik-polimik yang sepatutnya tidak timbul terutama di kalangan mereka yang bergelar ahli Yang Berhormat atau yang terlibat secara langsung dalam politik.

“Tapi bila saya baca banyak sekali postings termasuk pemimpin-pemimpin yang agak kanan sifatnya dalam politik tetapi mempunyai tahap kefahamaman yang kadang-kadang membimbangkan juga kita sebab ia boleh  mempengaruhi orang lain.

“Misalnya banyak yang menyatakan semalam, darurat telah dibatalkan kenapa tidak diberitahu, kenapa tidak diisytihar, kenapa tidak pergi dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong

“Pertama sekali, darurat tidak dibatalkan. Darurat itu diistytiharkan melalui Proklamasi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila duli-duli yang maha mulia tuanku berpuas hati prasyarat-prasyarat yang membolehkan tuanku perkenan perisytiharan darurat.

“Jadi apa yang telah dilakukan, satu prokalamsi darurat telah dilakukan pada 11 Mac 2021 dan proklamasi yang dibuat pada 11 Mac itu pada kali ini merupakan proklamasi bertarikh maknanya bukan proklamasi tanpa tarikh hujung dalam proklamasi itu dikatakan negara diletakkan di bawah perintah darurat dan akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos.

“Maka sehingga ke hari ini proklamasi itu masih berkuatkuasa, kita masih berada dalam, bawah perintah darurat sehingga 1 Ogos,” katanya dalam satu wawancara bersama sebuah portal berita.

Dalam wawancara yang sama, Annuar turut menjelaskan, perlukah ada notis hendak menamatkan darurat?

“Tak perlu ada notis sebab proklamasi itu sudah merupakan notis yang ada tarikh tutup, bila sampai 1 Ogos, ia tamat dengan sendiri.

“Bolehkah proklamasi darurat yang tamat pada 1 Ogos itu hendak sambung? Jawapnya, tidak boleh. Proklamasi itu laku hanya untuk tempoh sehingga 1 Ogos dan kekal laku selagi tidak sampai 1 Ogos. Itu banyak yang orang tak faham.

“Kalau nak sambung misalnya, ia perlu keluar proklamasi yang baru. Jadi, kerajaan buat ketetapan setelah mengambil kira semua keadaan dan semua pandangan, pertama kerajaan maklumkan dalam Parlimen, kerajaan tidak berhasrat menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk buat proklamasi yang baru.

“Maknanya sampai 1 Ogos proklamasi itu tamat. Tak perlu isytihar, tak perlu umum kerana sifatnya begitu. Proklamasi yang mempunyai tarikh terakhir dan terbatal dengan sendiri selepas 1 Ogos,” ujar beliau.

Ordinan Darurat

Annuar turut menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul berhubung Ordinan Darurat.

Beliau berkata, satu lagi yang orang keliru ialah Ordinan Darurat. Orang keliru antara Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat.

“Apa dia Ordinan Darurat? Undang-undang yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat berjalan, dipanggil Ordinan Darurat.

“Proklamasi 11 Mac, Ordinan yang pertama dibuat dibawah proklamasi itu pada 14 Mac, tiga hari kemudian. Lepas tu ada beberapa siri, beberapa undang-undang yang diwujudkan dibawah Perintah Darurat, dipanggil Ordinan atau Ordinan Darurat.

“Jadi, oleh kerana kita telah membuat keputusan untuk tidak menasihatkan Agong sambung darurat maka ordinan-ordinan yang ada itu, kerajaan buat keputusan untuk tidak lagi dipakai. Itu yang dikatakan revoke.

“Dalam undang-undang, ordinan yang dibuat di bawah kaedah darurat kalau tak dibatalkan oleh kerajaan, ia boleh berkuatkuasa enam bulan selepas 1 Ogos.

“Jadi kerajaan sudah ambil keputusan, ambil kira pandangan tertentu tak perlu kuatkuasa enam bulan selepas itu.

“Ada dua cara. Satu revoke, kerajaan sendiri revoke, proses revoke tu adalah. Atau bawa ke Parlimen dipanggil annulment atau nak pakai terus jadi sebagai sebahagian akta.

“Itu kena bawa dalam usul dalam Parlimen, announce, atau bawa dalam parlimen jadi  sebahagian dariapda undang-undang. Itu barulah jadi pembatalan.

“Apa yang diumumkan di Parlimen itu memaklumkan Kerajaan yakni Kabinet memutuskan darurat tidak akan ada proklamasi baru.

“Undang-undang yang dibuat di zaman darurat sekarang ini nak direvoke. Proses teknikaliti revoke itu bermula dengan keputusan jemaah menteri, lepas itu, perlu diangkat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan perkara itu telah diangkat dan tertakluk kepada perkenan tuan. Kita tunggu sajalah.

“Kalau Tuanku tak nak revoke maka selepas 1 Ogos, undang-undang itu berjalan, masih berkuat kuasa dalam tempoh 10 hari kita selesaikanlah urusan teknikaliti. Tak boleh buat dalam masa 24 jam,” katanya.

Cuma yang diterangkan dalam Parlimen itu keputusan kerajaan dirujuk kepada kabinet. Jadi kerajaan telah buat keputusan begitu tapi proses-prosesnya itu akan kita lalui mengikut peraturan dan syarat-syarat yang ada, kata Annuar sambil menambah, perincian akan dibuat penjelasan oleh menteri yang bertanggungjawab. – SM

 

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button