Nasional

ExxonMobil Malaysia tawar 300 pekerjaan baharu

Peluang ini ditawarkan melalui Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

EXXONMOBIL Malaysia amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Perkeso untuk acara Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia. ExxonMobil telah beroperasi di Malaysia selama 128 tahun dan terus melabur dalam membangunkan modal insan di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja global mereka.

Pada 2022, ExxonMobil merancang untuk menawarkan lebih 300 pekerjaan mahir baharu dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat ke Malaysia. ExxonMobil Malaysia mnerupakan pemenang Anugerah Majikan Graduan Terkemuka Malaysia 100 dan baru-baru ini memenangi anugerah Majikan Siswazah Paling Diutamakan 2022 oleh Graduates’ Choice Award.

Sepanjang 2 hari lepas, ExxonMobil Malaysia telah menemu bual lebih 230 calon di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.

“Kami amat mengalu-alukan bakat baharu untuk menyertai kami sebagai sebahagian dari keluarga ExxonMobil dengan memulakan kerjaya bersama kami” . Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Sukiman Mohamed (Pengurus Besar – Hal Ehwal Awam dan Kerajaan) di talian 0122057417.

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia di 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan 6, Kuala Lumpur Convention Centre, bermula dari 9 pagi hingga 5 petang, 9-11 Disember 2021. Anda berpeluang menyertai Bengkel Kerjaya, Kaunseling Kerjaya, Temu Duga Terbuka kepada semua golongan dan lawati pelbagai pempamer dari pelbagai organisasi yang menawarkan peluang pekerjaan. – SM

 

(Visited 835 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button