Nasional

Empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas

KEGEMBIRAAN sekumpulan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bermandi-manda bertukar tragedi, apabila empat daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara, Dungun petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi Zuki; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan; dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee yang kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata, seramai 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, BBP Chukai dan BBP Kuala Berang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang.

“Anggota bomba bergerak bersama satu jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu bot amfibia bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Kini anggota (bomba) bertindak menjalankan pencarian di pesisir pantai,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button