JenayahNasional

Empat lelaki ditahan insiden pergaduhan di bistro

EMPAT lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12, Indahpura, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Sup Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat laporan berhubung pergaduhan itu daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun pada pukul 3 pagi.

GAMBAR SINAR HARIAN

“Pengadu memaklumkan ketika dia bersama empat rakannya sedang minum dan berbual, mereka didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menampar bahagian muka rakannya.

“Pengadu turut memberitahu, kemudian datang dua kereta yang dinaiki seramai 11 individu termasuk seorang wanita bertindak memukul rakan-rakan pengadu.

“Akibat kejadian tersebut, rakan-rakan pengadu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat, polis membuat serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Iris 8, pada pukul 11.20 malam tadi.

“Menerusi serbuan berkenaan, kita berjaya menahan seramai empat individu berusia antara 24 hingga 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan berkenaan,” ujar beliau.

Siasatan awal katanya mendapati punca pergaduhan adalah akibat mabuk dan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan kini dikenakan reman selama empat hari bermula Khamis.

Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – SM

BACA Program Santai Bersama Menteri Agama hampir cetus pergaduhan

BACA Pergaduhan di luar pusat hiburan, 17 individu ditahan

 

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button