Nasional

Empat kawasan diletak bawah PKPD, lima lagi dilanjutkan

EMPAT lagi kawasan akan diletakkan di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Ia melibatkan kediaman di Ipoh, Perak dan Kota Belud Sabah membabitkan 4,028 penduduk dalam daerah berkenaan selama 14 hari bermula 20 November ini.

Pelaksanaan perintah tersebut dikuatkuasa apabila 76 kes positif Covid-19 di kesan di Taman Meru 2C di Ipoh dan 36 di Kota Belud.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kerajaan Negeri mencadangkan demikian apabila ujian saringan di buat di kawasan berkenaan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh selama 14.

“Sehingga 16 November 2020, sebanyak 938 saringan telah dilaksanakan dan 76 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“PKPD ini akan melibatkan 2,288 penduduk dan 572 buah rumah di kedua-dua lokaliti ini.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan daripada MKN Sabah mengenai peningkatan kes positif COVID-19 di Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon, Kota Belud, Sabah.

“Sehingga 17 November 2020, sebanyak 36 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti.

“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan sebanyak 1,740 penduduk di kedua-dua lokaliti ini.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD di Taman Meru 2C akan dimaklumkan kemudian sementara di Kota Belud pula menggunapakai SOP yang diumum sebelum ini.”

Demikian kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar taklimat khas harian berkenaan pembendungan wabak Covid-19, di pejabatnya hari ini.

Dalam masa sama, beliau juga mengumumkan pelanjutan PKPD sehingga 3 Disember di tiga kawasan lain di Sabah.

Kawasan terbabit adalah Pusat Tahanan Sementara (PTS), Tawau; Penjara Sandakan dan Kuaters Penjara Taman Wira, Sandakan.

Ini kerana, jumlah keseluruhan kes aktif di kawasan tersebut dan keputusan ujian saringan yang masih belum diketahui adalah tinggi.

Di PTS Tawau, 1,740 ujian saringan dilakukan sehingga 17 November dan 137 kes aktif direkodkan, sementara 924 sampel masih lagi menunggu keputusan.

Bagi Penjara Sandakan dan Kuaters Penjara Taman Wira pula, sebanyak 1,743 ujian saringan dilakukan sehingga tarikh sama, 141 kes aktif direkodkan dan 203 sampel masih menunggu keputusan.

Turut dilanjutkan sehingga 2 Disember nanti adalah PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuaters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Sehingga kini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 yang dikesan adalah sebanyak 557 kes.

“KKM mengesahkan terdapat 75 ujian saringan dalam kalangan banduan, staf dan keluarga yang masih menunggu keputusan,” jelasnya. – SM

 

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button