Luar Negara

Duit 1MDB: Apa yang Amerika Syarikat mahu?

APAKAH yang Amerika Syarikat (AS) mahu lakukan berikutan penangguhan pemulangan wang bernilai hampir RM1 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Tiada penjelasan terperinci, namun alasan yang diterima oleh agensi, Reuters seperti dipetik portal, Channel News Asia (CNA) hanyalah kerana masalah teknikal.

Wang tersebut dilapor sepatutnya dikembalikan kepada tabung khas di Kementerian Kewangan pada 19 Februari lalu bagi melunaskan hutang 1MDB.

[BACA ARTIKEL] Ku Nan beritahu mahkamah beliau jual syarikat miliknya untuk ‘bebas hutang’, — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara — Suara Merdeka

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Bagaimanapun, sumber terdekat agensi itu melaporkan penangguhan pemulangan duit 1MDB dteruskan lagi apabila kemelut politik negara meletus melibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Terus menimbulkan persoalan apabila, pegawai Jabatan Kehakiman AS (DOJ) enggan memberi sebarang komen berhubung tindakan penangguhan tersebut.

“Jumlah keseluruhan adalah RM 1 bilion (240 juta Dolar AS). Sebelum itu, AS sudahpun menyerahkan semula hampir 200 juta Dolar AS (RM832.2 juta) duit 1MDB pada Mei lalu.

“Namun, apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (24 Februari) mereka (DOJ) bertindak menangguhkan terus pemulangan wang tersebut,” kata sumber.

[BACA ARTIKEL] Posting paling panjang pernah dibuat Najib, perjelaskan mengapa Tun M bencikan dia — Suara Merdeka

NAJIB RAZAK

Menurutnya lagi, tiada sebarang maklumat didedahkan DOJ berkenaan tindakan lanjut yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa AS itu terhadap wang dikatakan milik 1MDB.

Bagaimanapun, hal tersebut tidak dijelaskan dengan terperinci kerana pihak berkuasa di Malaysia masih berfungsi walaupun ketiadaan menteri Kabinet.

Tambahan pula, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi dibicarakan di mahkamah berhubung tuduhan skandal penyelewangan dana 1MDB.

[BACA ARTIKEL] Saksi sahkan keluarga Raja Arab derma RM2.6b – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Saksi pendakwa ke-38 setuju sumbangan kepada Ahmad Zahid bukan rasuah — Suara Merdeka

Dana yang sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan Malaysia pada bulan lalu dilaporkan DOJ sebagai dicuri daripada 1MDB pada 2016. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button