KesihatanNasional

Dua ujian kit kendiri Covid-19 digantung dari pasaran

DUA jenama kit ujian kendiri Covid-19, Wizblue yang dikeluarkan oleh Anhui Deepblue Medical Technology Co dan Wizbiotech yang dikeluarkan oleh Xiamen Wiz Biotech Co digantung kegunaannya oleh pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Keputusan penggantungan kedua-dua jenama kit ujian kendiri Covid-19 itu yang berpangkalan di China dibuat selepas mendapati prestasinya tidak mencapai tahap ditetapkan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, MDA telah menguji 22 jenama kit ujian Covid-19 di pasaran selepas menerima aduan daripada orang ramai.

“Setakat ini, 12 keputusan telah diperoleh dan mendapati dua kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

“Kelulusan dua kit ini digantung serta-merta,” katanya menerusi ciapan di Twitter.


Untuk makluman, kedua-dua kit ujian kendiri Covid-19 itu, masing-masing didaftarkan di Malaysia oleh Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Bhd.

Sementara itu, laman web MDA pada masa ini menunjukkan terdapat 128 jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang telah diluluskan bersyarat untuk pasaran Malaysia.

Bagaimanapun paparan untuk dua kit ujian kendiri Covid-19 yang digantung itu telah dialih keluar.

Pada 17 Februari lalu, Khairy memaklumkan beliau telah mengarahkan MDA untuk menyiasat aduan orang ramai mengenai kit ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan yang meragukan.

Terdahulu, agensi itu juga telah mengagihkan borang dalam talian untuk mendapatkan aduan orang ramai berhubung prestasi kit ujian kendiri. – SM

(Visited 38 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button