KebakaranNasionalNegeri

Dua pelajar antarabangsa KUIPs bantu kebakaran di Kuala Perlis

TINDAKAN dua pelajar antarabangsa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) untuk segera menghulur bantuan kecemasan ketika berlakunya kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis wajar dipuji.

Rumah yang terlibat adalah termasuk dalam Program Transformasi DiRaja Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Al’Amin turut membantu menyelamat bersama penduduk semasa kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis petang semalam.

Segalanya bermula sebaik saja dua pelajar ini selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah di masjid berdekatan.

Bantuan ini dihulurkan oleh dua pelajar dari Nigeria iaitu Al’amin Muhammad Nafi’u dan Hamza Sulaiman Ismail.

Kata Al’amin sebaik selesai solat, dia dan rakannya diberitahu oleh ahli jemaah bahawa ada kebakaran berlaku di kampung bersebelahan.

Beliau dan rakannya terus bergegas ke tempat kejadian dengan masing-masing saling memperingatkan supaya menjaga keselamatan diri.

“Sebagai pelajar KUIPs, saya dan rakan rasa terpanggil untuk membantu kerana kami tinggal dalam perkampungan yang sama,” kata Hamza.

Hamza berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk bersama membantu mengawal api dari terus merebak ke rumah berdekatan.

Beliau dan Al’Amin bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan dengan menggunakan tenaga yang ada.

Sementara itu Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle yang kini berada di Tawau, Sabah menyatakan kesedihan atas musibah yang berlaku dan berdoa agar Allah menggantikan yang lebih baik kepada mangsa kejadian.

“Saya juga mengucapkan tahniah dan bangga atas tindakan segera pelajar-pelajar KUIPs berkenaan,” katanya.

Sebahagian tiga rumah yang terbakar di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, petang semalam. – Gambar Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis

Dalam pada itu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar KUIPs Roshaizam Izuddin yang ditemui berkata, mereka bersedia untuk menggerakkan pelajar-pelajar sekiranya penduduk memerlukan bantuan.

“Kami sedia membantu mereka dan sekiranya diperlukan sukarelawan kami akan bergerak kesana nanti,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner, Mohd Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan berlakunya kebakaran yang melibatkan tiga rumah di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 5.32 petang pada 15 Mac (semalam).

Beliau berkata, dalam kejadian ini juga seorang kanak-kanak lelaki berusia anggaran 5 tahun dapati telah melecur di bahagian belakang pinggul sehingga ke kaki.

“Mangsa di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan. – SM

BACA KUIPs perkenal “fast track”, Micro Credential kepada pelajar tahfiz

 

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button