Nasional

Dua maut, tersepit kereta terlibat kemalangan

DUA pemuda maut apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 malam.

Sehubungan dengan itu, seunit fire rescue tender (FRT) dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mangsa K Pratep Raj, 23, dan R Sharan Raj, 26, dilaporkan tersepit di dalam kenderaan yang dinaiki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan lori jenis Daihatsu.

“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan menghala ke arah bandaraya Johor Bahru,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan dinaiki manakala pemandu lori, seorang lelaki berusia 50-an dalam keadaan selamat.

“Operasi tamat pada jam 10.11 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Berita Harian – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button