Nasional

Dua maut, 37 cedera kemalangan bas-treler di Rompin

DUA maut manakala 37 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran persimpangan Bahau dekat Rompin, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Nor Azman Yusof berkata, bas yang membawa 37 penumpang dan dua pemandu itu hilang kawalan, melanggar lori sarat gegelung besi dan terbalik di atas jalan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Beliau berkata, bas itu membawa guru-guru Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak-anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program pendidikan.

Seorang guru maut di tempat kejadian, manakala pemandu kedua, yang belum dikenal pasti, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, tambah Nor Azman.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu bas hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori treler sebelum terbalik di cerun tepi jalan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah di sini dan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.

Nor Azman merayu saksi mata memberikan maklumat mengenai kemalangan itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button