Nasional

Dua maut, satu cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Jasin

DUA maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan dua lori di Jalan Jasin-Merlimau di Melaka semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Masitah Mohamed, 27, dan Nurul Syakirin Ahmad Mokhtar, 24, yang merupakan pemandu dan penumpang dalam salah sebuah kereta.

Mereka berdua maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, penumpang dalam kereta lain, cedera di bahu manakala 10 lagi mangsa tidak cedera.

“Siasatan awal kemalangan membabitkan lima kenderaan itu mendapati kesemuanya dalam arah yang sama dari arah Jasin menghala ke Merlimau.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Jasin-Merlimau, pemandu sebuah lori yang membawa muatan batu dipercayai cuba memotong dua kereta berkenaan namun gagal.

“Apabila pemandu lori cuba masuk semula ke lorong asal, dia gagal mengawal lori yang dipandunya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button