Nasionalpilihan

Dua lelaki ditahan ceroboh Pangkalan TUDM

POLIS menahan dua lelaki berusia 19 dan 35 tahun kerana menceroboh Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian yang berlaku semalam.

Difahamkan, pencerobohan itu berlaku pada pukul 9.15 pagi ketika pengadu yang membuat laporan sedang bertugas bersama rakannya sebagai Pengawal Pangkalan Udara.

Kedua-dua suspek dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan di perimeter kawasan Perumahan Keluarga Angkatan Tentera.

Pengadu kemudian telah cuba mengejar suspek namun tidak berjaya.

Selain itu, pengadu turut menemukan dua buah motosikal di luar tembok lokasi kejadia yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah.

Turut ditemukan ialah dia bekas berisi tembaga dan kabel elektrik yang disyaki diambil dari dalam kawasan pangkalan udara berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, pihaknya telah menahan kedua-dua suspek berkenaan.

“Selain tangkapan, turut dirampas ialah dua buah telefon bimbit pelbagai jenama dan peralatan yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah.

“Kedua-dua suspek bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya. -SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button