MahkamahNasionalNegeri

Dua juvana antara 11 scammer dituduh di mahkamah

Dua remaja bawah umur masing-masing berusia 17 tahun adalah antara 11 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka di sini, hari ini atas pertuduhan menipu tujuh individu membabitkan kerugian bernilai RM45,534.74 sejak April lalu.

Selain dua juvana berusia 17 tahun itu, turut didakwa adalah dua beradik, Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22, dan adiknya, Muhamad Haiqal, 19, Yap Soon Lin, 23, Muhamad Faizal Abdullah, 22, Sharifah Nur Natasha Syed Mohd. Hata, 21, Yap Zhen Xiang, 19, Teong Wai Keat, 19, Goh Chun Rong, 19, dan Lee Yih Hong.

Bagaimanapun kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah atas tujuh pertuduhan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Berdasarkan kesemua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa adalah pihak kepada pakat jahat jenayah telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan memperdayakan tujuh individu sehingga mangsa menyerahkan wang bernilai keseluruhan RM45,534.74.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah premis di Taman Cheng Perdana dalam daerah Melaka Tengah sejak 11 April sehingga 20 Mei 2023.

Kesemua tertuduh boleh dipenjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120 (B) (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun peguam Joel Chua yang mewakili semua tertuduh meminta jaminan rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM26,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 31 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan 11 individu anggota sindiket penipuan pinjaman tidak wujud ditahan polis di sebuah rumah di Taman Cheng Perdana kira-kira pukul 10.40 pagi 1 Jun lalu.

Kegiatan sindiket itu terbongkar susulan polis menerima aduan seorang remaja berusia 15 tahun mendakwa dipukul dan disamun sekumpulan lelaki disyaki terbabit kegiatan penipuan dalam talian. – SM

BACA Remaja tunggang motosikal tanpa lesen maut langgar tiang lampu

BACA Remaja maut motosikal bergesel dengan rakan

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button