Nasionalpilihan

Dakwaan 2 juta ahli keluar UMNO tidak benar – Ab. Rauf

Dakwaan bahawa dua juta ahli UMNO telah keluar parti itu adalah provokasi tidak benar kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Sebaliknya kata beliau yang juga Ketua Menteri Melaka , pihak tidak bertanggungjawab tidak sewajarnya mencipta provokasi semata-mata mahu melemahkan parti itu.

Menurutnya, pihak yang sengaja mencetuskan provokasi berkenaan digesa untuk lebih berhati-hati dan menggunakan data sahih sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Pengalaman saya sebagai Setiausaha Kerja UMNO sebelum ini, kita mempunyai 3.3 juta ahli tetapi kalau dua juta sudah keluar saya ingat tiga perempat daripada seluruh cawangan telah dibubarkan.

“Kalau nak buat provokasi pun beragak-agaklah. Jadi saya mengingatkan kakanda saya, Tan Sri Annuar Musa kalau hendak buat provokasi pakailah kalkulator terbaik, kalkulator politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup Kepada Nelayan di Tanjong Bidara, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Ab. Rauf berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang kini diterima sebagai ahli PAS yang mendakwa, lebih 2 juta rakyat yang selama ini menjadi penyokong UMNO sudah meninggalkan parti itu kerana UMNO didakwa bukan lagi menjadi pilihan.

Annuar yang lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipecat daripada UMNO pada Disember tahun lalu selepas PRU15.

Mengulas mengenai pilihan raya di enam negeri, kata Ketua Menteri Melaka ini,  kestabilan politik dan keharmonian kerajaan perpaduan di negeri ini harus dijadikan contoh kepada negeri lain.

Katanya, kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi Melaka kini menarik perhatian para pelabur dan rakyat mendapat faedah dengan kewujudan peluang pekerjaan baharu.

“Kita lihat hari ini dalam kombinasi pentadbiran yang kita kongsikan bersama ada wakil daripada Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) dan rakyat menerimanya dengan baik,” ujarnya. – SM

BACA Apa sudah jadi dengan Umno?

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button