KemalanganNasionalNegeri

Remaja tunggang motosikal tanpa lesen maut langgar tiang lampu

SEORANG remaja berusia 13 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar tiang lampu di Jalan Persiaran Taman Seri Impian, Kluang, lewat malam tadi.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, Muhammad Farish Hafiy yang tidak memiliki lesen memandu, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pembonceng yang juga adik mangsa berusia 12 tahun, Muhammad Amin Asyraf patah kaki kanan dan lebam di dahi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dari arah kawasan perumahan Taman Seri Impian menghala lampu isyarat di Jalan Kota Tinggi-Kluang.

“Tiba di tempat kejadian, Honda Wave ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan, lalu melanggar tiang lampu jalan di tengah pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal parah dan dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

BACA Penunggang motosikal maut dirempuh jalan tak berlampu

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button