Dua gol lewat PSG tamatkan impian Atalanta di Liga Juara-Juara
TURUN sebagai bukan pilihan, Lisbon Atalanta satu ketika seperti sudah boleh memasang impian untuk ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, tetapi akhirnya kecewa apabila mereka gagal bertahan hingga ke minit terakhir.
Ia merupakan malam yang luar biasa di Lisbon apabia mendahului Paris Saint Germaint (PSG) 1-0 hingga ke minit 89. Bagaimanapun mereka tersingkir pada masa kecederaan.
Boleh dikatakan sepanjang perlawanan bintang PSG Neymar seolah-olah seperti menjadi punca kepada satu lagi kegagalan PSG dalam Liga Juara-Juara. Permainan PSG kaku, bahagian tengah mereka seperti kurang kreatif untuk mencipta peluang.
Tetapi Neymar juga yang menukar permainan dengan mencipta peluang untuk Eric Maxim Choupo-Moting menjaringkan gol kemenangan pada minit masa kecederaan.
Atalanta mendahului seawal minit 26 melalui jaringan Mario Pasalic dan mereka mempertahankan kelebihan itu hingga minit 89.
Ketika mereka seolah-olah sudah boleh meraikan impian, Aoas Correa Marquinhos menyamakan kedudukan pada Liminit 90 sebelum Choupo-Moting menjaringkan gol kemenangan PSG pada minit 92 untuk menamatkan impian Atalanta. – TheGuardian