Nasional

Dua beradik termasuk menantu ditahan leka hisap dadah

DUA beradik termasuk seorang menantu antara yang ditahan dalam satu serbuan Operasi (Op) Cegah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dipercayai terbabit dalam kegiatan penagihan dadah di sini, semalam.

Operasi dilakukan kira-kira pukul 10 malam dan kesemua suspek ditahan ketika sedang leka menghisap dadah.

Ketua Pegawai AADK Daerah Cheras, Mohd Ridhwan Mohd Rodzmi berkata, suspek berkenaan diberkas di kediaman mereka di Desa Tasik, Sungai Besi berusia antara 27 tahun hingga 38 tahun.

“Ketika serbuan dibuat, ibu suspek yang menghidap kencing manis kronik tidak dapat menahan sebak ketika pasukan AADK Daerah Cheras menahan dua orang anaknya termasuk menantu di rumah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ridhwan berkata, Op itu turut menahan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Pihak kami turut membuat rampasan dadah disyaki syabu seberat 0.4 gram dan menahan dua suspek yang dipercayai memproses serta menjual air ketum di kedai memproses santan kelapa di Taman Ikan Emas, Cheras.

“Sebanyak 40 bungkus plastik lutsinar berisi cecair yang dipercayai mengandungi air ketum dengan anggaran 15.1 liter turut dirampas.

Beliau menambah, kesemua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSNJD) Cheras dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998. -SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button