KemalanganNasional

Dua beradik maut kereta dirempuh lori tangki

DUA beradik maut selepas kereta mereka naiki dirempuh lori tangki membawa muatan petroleum berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, berasal dari Felda Lepar Hilir Satu.

“Kemalangan pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Gambang, hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian berlaku ketika hujan menyebabkan kereta dipandu Nur Alia Saffiyah terperosok ke bawah lori tangki dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Zahari berkata, pemandu lori tangki berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan ujian saringan air kencing yang dilakukan negatif.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button