fbpx
Nasional

UMNO teliti pertemuan Anwar-Agong – Zahid Hamidi

UMNO akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenan menghadap Yang DiPertuan Agong pada Selasa depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu SUARA MERDEKA, penelitian itu akan dilakukan selepas Anwar menghadap Yang DiPertuan Agong.

“Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah UMNO akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan dalam majlis menghadap Yang DiPertuan Agong,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, dalam hal ini, pendirian UMNO jelas sebagaimana keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) terdahulu.

Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan Presiden PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadap.


Anwar berkata, Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan untuk beliau mengadap pada Selasa depan.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, Insya-Allah,” kata Anwar dalam satu kenyataan sebentar tadi. – SM

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button