NasionalNegeri

DOSM catat 49, 427 (25.9 %) penduduk Perlis daftar PADU

DOSM menyediakan kaunter di masjid bagi kemudahan orang ramai mendaftar PADU. – Gambar Ihsan FB DOSM Perlis

JABATAN Perangkaan (DOSM) Perlis mencatatkan sebanyak 49, 427 iaitu 25.9 peratus penduduk negeri ini yang berumur 18 tahun ke atas telahpun mendaftar dan mengemaskini di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) sehingga 26 Februari lalu.

Pengarah Perangkaan Perlis, Hamka Ismail berkata, jumlah ini diambilkira dari peluncuran PADU sejak 2 Januari lalu.

Kaunter “hot spot” di pasar raya CMart Arau dibuka setiap hari bagi kemudahan orang ramai mendaftar PADU. – Gambar Ihsan FB DOSM Perlis

“Sehingga kini DOSM Perlis telah membuka 341 kaunter secara kumulatif dari 2 Januari hingga semalam,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kangar.

Bagaimanapun kata Hamka, secara purata setiap hari hanya antara enam hingga lapan saja kaunter dibuka serentak.

“Hanya dua kaunter tetap “hot spot” iaitu di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kangar dan Pasar raya CMart, Arau dibuka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad,” katanya.

Hamka Ismail

Katanya, pembukaan kaunter di 14 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negeri ini pula dilakukan secara berjadual.

Hamka berkata, proses mendaftar dan mengemaskini sistem PADU yang melibatkan kakitangan di agensi-agensi kerajaan di negeri ini juga telah diselesaikan pada 15 Februari lalu.

“Sejak 16 Februari lalu, DOSM mula bekerjasama dengan 15 pegawai khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Beliau berkata, kerjasama ini melibatkan lebih 380 cawangan ini sekaligus akan meningkatkan lagi jumlah pendaftaran dan usaha mengemaskini sistem PADU. – SM

BACA Lebih sejuta daftar PADU

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button