Hiburan

Doakan kesihatan Seniman Datuk Zulkifli Zain

PERKONGSIAN di media sosial aktres Fauziah Nawi menerusi akaun Facebook miliknya beberapa jam lalu memaklumkan bahawa kesihatan Seniman Datuk Zulkifli Zain tidak begitu baik.

Fauziah yang mesra dengan panggilan Ibu bagi wartawan SUARA MERDEKA, memuat naik status berkenaan selepas menerima teks berbunyi seperti dibawah ini daripada salah seorang anak Zulkifli.

Assalamualaikum semua kaum keluarga, kawan-kawan, rakan artis dan media,

Saya Zazleen mewakili kakak saya Norzizi Zulkifli dan keluarga memohon semua utk sama2 mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan buat ayah saya Dato Zulkifli Zain.

Kesihatannya sejak 3 hari ini agak tidak stabil dan respondnya agak kurang.

Sekiranya, ada yg hendak melawat, dialukan dan amat dihargai. Kami juga faham situasi Covid skrg ni, jadi kami tak mgharapkan apa2.. Cuma kami ingin memaklumkan kondisi terkini papa, semoga dgn doa dari semua dapat memberi kesembuhan buat papa…In Shaa Allah amin Ya Rabbal Alamin.

*Hospital Uitm Sg Buloh*
Tingkat 3
Ward 1, Bilik 4

Masa Melawat:
12.30 – 2.00pm
5.00 – 7.00pm

Begitulah teks yang diterima oleh Fauziah dari anak Dato Zulkifli Zain.

Sementara itu, seorang lagi anak Zulkifli, pelakon dan pengarah, Dr. Norzizi memohon semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.

Menurut laporan yang dipetik daripada ASTRO Gempaq, Zizi menerusi satu kiriman Whatsapp memberitahu, kesihatan bapanya semakin merosot selepas lapan hari dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang.

“Saya memohon semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan buat papa saya, Datuk Zulkifli Zain.

“Kesihatannya sejak tiga hari ini agak tidak stabil dan tindak balasnya agak kurang.

“Sekiranya ada yang hendak melawat, dialu-dialukan dan amat dihargai,” tulisnya.

Bagaimanapun Norzizi faham sekiranya tidak ramai yang datang melawat kerana kebimbangan masyarakat terhadap penularan wabak COVID-19.

“Kami tak harapkan apa-apa. Kami faham situasi sekarang. Kami cuma ingin memaklumkan kondisi terkini papa, semoga dengan doa dari semua dapat memberi kesembuhan buat papa.

“InshaaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Terdahulu pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama Tragedi Sri Mersing ini dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu kerana sukar membuang air besar.

Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi manakala buah pinggangnya pula agak kering dan bermasalah. – SM

(Visited 942 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button