Ekonomi

DMS Motors perkukuh perniagaan patuh syariah dan kebajikan komuniti

DMS Motors Sdn Bhd, pelopor dalam perkhidmatan jualan kereta mewah dan eksklusif, terus mengukuhkan komitmen terhadap prinsip perniagaan patuh Syariah dengan melantik Ustaz Ashraf Suarin sebagai penasihat Syariah syarikat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Bin Abd Rahman, syarikat ini mengutamakan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek perniagaannya. Bagi DMS Motors, kejayaan bukan sekadar keuntungan material, tetapi juga manfaat yang dapat disalurkan kepada masyarakat.

Dato’ Mohamad Salim menyampaikan sumbagan kepada golongan yang memerlukan

“Inspirasi kami bermula apabila seorang sahabat saya yang memiliki sekolah tahfiz dan kini sebuah sekolah antarabangsa menolak untuk membeli kereta baharu kerana enggan membazir dan mengelakkan pinjaman bank yang berasaskan riba. Saya kemudian menawarkan kepadanya sebuah kereta tanpa unsur riba dan sejak itu, beliau terus mendapatkan kenderaan bagi kegunaan guru-guru sekolahnya. Dari situlah kami mula mengembangkan perniagaan berlandaskan prinsip Syariah,” katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama dengan Ustaz Ashraf sebagai penasihat Syariah sejak tahun lalu telah membantu DMS Motors mengatur strategi perniagaan dengan lebih tersusun. “Dengan bimbingan ustaz, kami memastikan setiap keputusan perniagaan lebih teliti, mengelakkan pembaziran dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ustaz juga membantu menyelaraskan perjalanan perniagaan kami dari A hingga Z,” jelasnya.

Dari Kiri Ustaz Ashraf, Datuk Muhamad Salim dan isterinya

Dalam penganjuran majlis amal yang berlangsung semalam “Raikan Ramadhan 2025” sebagai tanda penghargaan kepada komuniti serta memperkukuh hubungan syarikat dengan masyarakat. Acara ini menyasarkan bantuan kepada anak-anak tahfiz dan anak yatim melalui pelbagai sumbangan dan aktiviti kebajikan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif sosial syarikat, lebih 200 anak-anak tahfiz dan 80 anak yatim dari pusat tahfiz serta rumah anak yatim terpilih telah diundang ke majlis ini. Mereka diberi peluang memimpin bacaan doa dan tazkirah sebelum menikmati juadah berbuka puasa bersama para tetamu serta pelanggan syarikat. Selain itu, DMS Motors turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya, pakaian baharu, dan barangan keperluan bernilai hampir RM50,000.

Sebagai langkah berterusan dalam menyokong kebajikan masyarakat, DMS Motors memperkenalkan program sosial jangka panjang, “DMS Care Program” yang bertujuan membantu pendidikan anak-anak tahfiz dan anak yatim yang berpotensi tinggi. Sebahagian daripada keuntungan syarikat akan disalurkan untuk membiayai pendidikan mereka, sekaligus membuka peluang masa depan yang lebih cerah.

“Salah satu langkah utama kami adalah menawarkan latihan industri dalam bidang automotif kepada anak-anak tahfiz dan yatim bagi membentuk generasi belia yang berilmu serta berdaya saing dalam industri,” tambah Dato’ Mohamad Salim.

Selain inisiatif sosial, DMS Motors turut merancang untuk memperluaskan rangkaian import kereta mewah pada tahun 2025. Syarikat ini komited membawa masuk lebih banyak model eksklusif, termasuk muscle cars dari Amerika Syarikat dan kereta mewah dari Eropah yang jarang ditemui di pasaran tempatan.

Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan, DMS Motors juga bakal membuka DMS Exclusive Lounge di Pusat Bandar Kuala Lumpur, sebuah ruang eksklusif yang memberikan pengalaman premium kepada pelanggan dalam pembelian kenderaan mewah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button