Ekonomi

DMAGIA tawar latihan perniagaan produk kesihatan

DMAGIA Sdn Bhd membuka peluang kepada umum yang mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan produk kesihatan menerusi program latihannya.

Program yang dinamakan sebagai DMAGIA USE itu memenerapkan elemen seperti penggunaan produk (Use), perkongsian (Share) dan perolehi ganjaran atau bonus setiap bulan (Earn).

Menerusi latihan itu, DMAGIA menawarkan peluang perniagaan secara berkumpulan dengan menyediakan platform perniagaan bagi memudahkan peserta mempelajarinya.

Antara modul yang akan dipelajari usahawan termasuklah pengurusan perniagaan secara profesional, teknik pemasaran dan pelbagai aktiviti keusahawanan secara percuma.

“DMAGIA membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan formulasi produk produk yang terbaik untuk kesihatan masyarakat umumnya.

“Melalui program DMAGIA USE, syarikat menawarkan satu peluang niaga secara berkumpulan dengan menyediakan struktur perniagaan yang kukuh, sistem ganjaran yang adil serta latihan keusahawanan yang tersusun untuk menyumbang kepada masyarakat yang lebih sihat sejahtera.

“Program ini juga menawarkan satu program latihan (DMAGIA Elite Club & DMAGIA Academy) dengan modul pengurusan perniagaan secara profesional, teknik pemasaran dan pelbagai aktiviti keusahawanan secara percuma bersama bimbingan kumpulan mentor perniagaan yang terpilih dan berkelayakan.

“Program ini juga menawarkan satu program latihan (DMAGIA Elite Club & DMAGIA Academy) dengan modul pengurusan perniagaan secara profesional, teknik pemasaran dan pelbagai aktiviti keusahawanan secara percuma bersama bimbingan kumpulan mentor perniagaan yang terpilih dan berkelayakan.”

Demikian katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena pelancaran program rakan niaga DMAGIA USE dan rangkaian produk baharu.

Dalam pada itu, DMAGIA turut memperkenalkan produk kesihatan terbaharu seperti DMAGIA Nutri360 (minuman collagen), Snow360 (penjagaan kulit) dan DMAGIA Premium Colombian Arabica Coffee.

Selain itu, produk seperti Black Ginger Honey Plus Chewy Bites (makanan kesihatan) serta DMAGIA Aura Bioheat (losyen serbaguna) juga turut diperkenalkan.

Bagi mendapatkan produk tersebut, DMAGIA menyediakan harga istimewa untuk ahli yang mendaftar dengan bayaran serendah RM150.

“Dengan pakej pendaftaran sebagai member serendah RM150 sahaja, pengguna boleh mendapatkan rangkaian produk Dmagia dan menjadi DMAGIA MEMBERS secara automatik.

“Selain itu, pengguna yang telah menjadi ahli boleh menikmati potongan harga luar biasa dan pelbagai ganjaran serta berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti LG 55” Smart TV, Apple iPad 8th Gen, dan Xiaomi Cordless Vacuum Cleaner,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu lagi, terdapat pelbagai hadiah menarik sepert Mercedes Benz C200, BMW 5 Series, Ford Ranger dan Proton X70 bagi DMAGIA MEMBERS yang mempunyai kumpulan jualan yang besar dan mencapai sasaran syarikat secara konsisten. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button