Nasional

PM rayu seluruh rakyat layak divaksin daftar di MySejahtera

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi pengalaman disuntik vaksin Covid-19 dan pada masa yang sama merayu seluruh rakyat yang layak berbuat demikian.
“Alhamdulillah, hari ini saya bersama petugas barisan hadapan, termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.
“Hari ini juga merupakan permulaan pelaksanaan Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
“Saya ingin merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang menetap di Malaysia, yang layak untuk diberikan vaksin COVID-19, supaya mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.
Kerajaan sebelum ini juga telah memutuskan pemberian vaksin COVID-19 ini adalah percuma untuk warganegara dan bukan warganegara.
“Yakin dan percayalah bahawa usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19.
“Dengan pelaksanaan vaksinasi COVID-19 ini, diharapkan agar situasi pandemik di dalam negara kita dapat dibendung, sekaligus mengurangkan penularan jangkitan virus COVID-19. Insya-Allah,” katanya.
GALERI FOTO:
(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button