Hiburan

Dijangkiti Covid-19 pada usia 91 tahun, datuk Alif Satar akhirnya sembuh

SELEBRITI, Alif Satar memberitahu yang datuknya, Pak Wan atau nama sebenarnya Mohamad Che Noh yang berusia 91 tahun disahkan sembuh daripada Covid-19.

Alif memberitahu, datuknya itu sudah dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan sembuh daripada wabak tersebut.

“Allah Maha Besar. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan datuk saya tempoh hari.

“Semoga Allah membalas jasa baik anda semua,” katanya yang masih lagi dikuarantin dan dirawat di Melaka.

Alif sebelum ini memberitahu di akaun Instagram miliknya bahawa datuknya adalah seorang individu yang disahkan positif COVID-19.

Malah, Alif sempat membuat tangkap layar panggilan videonya bersama dengan datuknya ketika mereka sama-sama dikuarantin di hospital.

Pak Wan sebelum ini menjalani rawatan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi sama tempat ibu, bapa dan adik bongsu Alif dirawat.

Terdahulu, Alif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jiran-jirannya yang begitu prihati dengan situasi isteri dan anak-anaknya yang kini menjalani kuarantin di rumah.

Menurut Alif, jiran-jirannya sanggup membantu daripada segi membuang sampah dah memberi makanan kepada isteri dan anak-anaknya.

“Alif sangat terharu. Jiran-jiran yang tahu situasi keluarga alif sekarang dengan isteri dan anak-anak alif perlu kuarantin.

“Mereka semua tawarkan bantuan. Ada yang nak tolong buang sampah lah, tolong hantar makanan lah ini baru betul #KitaJagaKita,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button