Didoakan kena Covid-19, scammer minta maaf dengan mangsa.
KEMUNGKINAN takut terkena virus Covid-19 seorang scammer meminta maaf setelah mangsa bertindak mendoakannya dijangkiti virus.
Mangsa yang menerima pesanan ringkas (SMS) bahawa dia layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diminta memberi maklumat peribadi.
Ini termasuk nama bank dan
nombor akaun, ID perbankan serta kata laluan dengan alasan bayaran akan dibuat dalam masa 24 jam.
Menyedari itu adalah helah untuk menipu, mangsa membalas SMS itu sambil berkata dalam dialek Sabah, tidak elok menipu orang dalam masa susah begini.
“Kesian juga pada orang bah, untuk makan minum pun cukup, kau mau tipu lagi,” balas mangsa.
Namun scammer itu membalas bahawa dia adalah pegawai yang dilantik untuk mengelola bantuan BPN dan meminta mangsa memberikan kerjasama.
Ekoran itu mangsa membalas: “Begini sahaja boss ku… Ya Allah jika scammer ini berjaya tipu duit orang mudah-mudahan dia mendapat penyakit kronik atau itu Covid-19, di mana dia tidak dapat diubati… amin.”
Mangsa juga menambah bahawa scammer itu sangat bertuah kerana seumur hidupnya mangsa tidak pernah mendoakan yang tidak baik kepada orang.
Jadi kata mangsa, scammer itulah orang pertama menerima doa jenis begitu daripadanya sambil mengingatkan scammer itu doa orang yang teraniaya makbul.
BACABACA
- Nyaris `terbang’ RM18,000, internet percuma `lubuk’ scammer?
- Awas scammer jual topeng muka yang tidak wujud secara talian
Ekoran itu scammer tersebut terus menghantar SMS meminta maaf dan mengatakan dia
sudah tersalah kirim mesj dan meminta mangsa menarik balik doa tersebut.
“Tau kau takut boss ku, sudah-sudah la… ingat juga tuhan kau boss ku. Banyak lagi kerja kosong di Malaysia ni boleh buat,” balas mangsa.
Lalu dibalas: “Ok tuan, jangan lupa tarik balik doa tuan ya.”
Tetapi dibalas oleh mangsa:”Tengok boss ku kalau saya senang hati. Kalau tidak tunggu la masa habis PKP ni baru la saya timbangkan macam mana.”
Kerana tindakan spontan mangsa ini telah berjaya menggagalkan cubaan menipu yang mahu mengambil kesempatan daripada BN yang dihulurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat.